-->

CIRI-CIRI SEORANG ISTERI SOLEHAH

Chia sẻ bài viết bài trên: :

CIRI-CIRI SEORANG ISTERI SOLEHAH
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah. Sama-samalah kita semua panjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT kerana masih lagi mengurniakan kita rahmat dan nikmat yang tidak terhingga pada hari ini.
Hari ini aku nak kongsikan sedikit tentang ciri-ciri seorang isteri solehah (sikit lah sangat). Tak mengapa kalau panjang sikit. Lagipun bukan selalu aku tulis panjang-panjang pun. Semalam muzakarah sebentar bersama tiga orang sahabat aku yang lain dan lepas tu bincanglah serba sedikit tentang perkara ini. Dalam perbincangan tu memang asyik aku lah yang kena sebab aku seorang yang masih bujang 4 kat situ. Yang lain tu ada yang bujang tiga dan dua (alahai...bertuahnya badan).
Baiklah.. sebelum entri ini bertukar isinya menjadi entri peribadi, lebih baik rasanya kalau aku teruskan dengan tajuk utama yang tengah duduk bersantai di atas sana.
Dan sebelum itu, ingin aku nyatakan bahawa sifat-sifat yang juga merupakan ciri-ciri seorang isteri yang solehah ini sangat-sangat banyak sebenarnya. Tapi hanya mampu aku muatkan sebahagian sahaja.
Semakin banyak sifat-sifat tersebut ada pada diri seseorang wanita itu, maka nilai kesolehannya akan semakin tinggi. Sebaliknya, makin kurang/sedikit sifat-sifat ini pada diri seseorang wanita itu, maka nilai kesolehannya juga akan semakin kurang. Sebahagian daripada sifat-sifat tersebut dengan tegas telah dijelaskan oleh ALLAH SWT dan Nabi Muhammad SAW. Dan sebahagiannya adalah hasil daripada pendapat kita sendiri.
Ciri-ciri tersebut diantaranya:
Segera menyahut dan hadir apabila dipanggil oleh suami jika diajak untuk berhubungan.
Tidak membantah perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat.
Tidak bermasam muka terhadap suami.
Sentiasa berusaha memilih perkataan yang terbaik tatkala berbicara dengan suami.
Keluar rumah hanya dengan izin suami.
Berhias hanya untuk suami.
Tidak membenarkan orang yang tidak diizinkan oleh suami untuk masuk/bertamu ke dalam rumah.
Menjaga waktu makan dan waktu istirehatnya kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik. Tidur yang tidak cukup akan menimbulkan keletihan.
Menghormati mertua serta kerabat keluarga suami.
Berusaha menenangkan hati suami jika suami mempunyai masalah, bukan malah banyak menuntut kepada suami sehingga menambah beban suami.
Segera minta maaf jika melakukan kesalahan kepada suami, dan tidak menunda-nundanya.
Mencium tangan suami tatkala suami hendak bekerja atau pulang dari pekerjaan.
Tidak menyebarkan rahsia keluarga terlebih lagi rahsia ranjang!!! Bahkan berusaha menutup aib-aib suami, serta memuji suami agar menambahkan rasa sayang dan cintanya.
Tidak membentak atau mengeraskan suara di hadapan suami.
Berusaha untuk bersifat qona'ah (merasa cukup) sehingga tidak banyak menuntut harta kepada suami.
Tidak menunjukkan kesedihan tatkala suami sedang bergembira, dan sebaliknya tidak bergembira tatkala suami sedang bersedih. Akan tetapi berusaha untuk mengikut suasana hatinya.
Tidak menceritakan kecantikan dan sifat-sifat wanita yang lain kepada suami yang boleh mengakibatkan suaminya boleh menggambarkan akan keadaan wanita tersebut.
Berusaha menasihati suami dengan baik tatkala suami terjerumus dalam kemaksiatan. Bukan ikut terjerumus dalam melakukan kemaksiatan.
Menjaga pandangannya sehingga berusaha tidak melihat kecuali ketampanan suaminya.
Lebih suka menetap di rumah, dan tidak suka sering keluar rumah kecuali atas urusan-urusan tertentu
Jika suami melakukan kesalahan maka tidak melupakan kebaikan-kebaikan suami selama ini. Bahkan sekali-kali tidak mengeluarkan perkataan yang mengisyaratkan akan hal ini. Kerana sebab terbesar yang menyebabkan para wanita dipanggang api neraka adalah tatkala suami berbuat kesalahan mereka melupakan dan mengingkari kebaikan-kebaikan suami mereka.
Setelah membaca dan memerhatikan ciri-ciri di atas, hendaklah seseorang wanita itu benar-benar menimbang dan menilai diri sendiri. Jika sebahagian besar ciri-ciri mahupun sifat-sifat tersebut tercermin dalam dirinya maka hendaklah dia bersyukur kepada ALLAH SWT dan berusaha untuk menjadi yang terbaik.
Akan tetapi jika ternyata kebanyakan sifat-sifat tersebut kosong dari diri. Maka hendaklah dia bermuhasabah dan berusaha memperbaiki dirinya. Ingatlah bahawa syurga kamu berada di bawah telapak kaki suami.
Khas buat tatapan suami:
Seorang suami yang baik pasti dan pasti akan menyedari bahwa isterinya bukanlah bidadari sebagaimana dirinya juga bukanlah malaikat. Sebagaimana dirinya tidak sempurna maka janganlah dia terlalu berharap agar isterinya juga sempurna. Sama-samalah perbaiki apa yang kurang dan bersyukur atas apa yang ada.
8-10-TION!!!:
entri ini khas aku wujudkan buat para isteri, suami dan mereka yang telah mendirikan rumahtangga. Bagi yang belum mendirikan ataupun ke arah mendirikan rumah tangga, jangan diterapkan dalam perhubungan anda. Kerana bagi aku, tiada istilah taat pada tunang, kekasih atau yang sewaktu dengannya. Jangan sesekali berikan kasih sayang anda yang 'limited edition' itu kepada bakal-bakal suami/isteri anda. Hiduplah dalam keadaan yang penuh bermaruah.
p/s: moga bermanfaat..insyaALLAH.
Custamer Care :081211909138