-->

UBATI HATIMU DENGAN AL-QURAN

Chia sẻ bài viết bài trên: :

UBATI HATIMU DENGAN AL-QURAN

Allah jalla wa ‘ala berfirman,

‎وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا

“Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambah iman mereka..”

[al-Anfaal(8):2]

Syaikh Muhammad ibn Soleh, ketika menjelaskan ayat ini, dia berpesan:

‎إذا رأيت من نفسك انك كلما تلوت القران ازددت إيمانا، فان هذا من علامات التوفيق.

Sekiranya engkau melihat pada dirimu, setiap kali engkau membaca al-Quran, bertambahnya iman, ini merupakan tanda taufiq (dari Allah)

‎أما إذا كنت تقرا القران ولا تتأثر به، فعليك بمداواة نفسك،

Adapun sekiranya engkau membaca al-Quran, dan engkau tidak terkesan dengannya, maka hendaklah engkau ubati dirimu

‎لا أقول إن تذهب إلى المستشفى، لتأخذ جرعة من حبوب أو مياه أو غيرها،

Aku tidak bermaksud supaya engkau pergi ke hospital lalu mengambil dos pil-pil atau cecair atau selainnya,

‎ولكن عليك بمداواة القلب،

Tetapi hendaklah engkau mengubati hatimu

‎فان القلب إذا لم ينتفع بالقران ولم يتعظ به، فانه قلب قاس مريض، نسأل الله العافية.

Kerana hati yang tidak mendapat manfaat dari al-Quran, dan tidak terkesan dengannya, ia adalah hati yang keras dan berpenyakit

Kita pohon kepada Allah akan kesembuhan (dari penyakit hati)

‎فأنت يا أخي طبيب نفسك لا تذهب إلى الناس،

Engkau, wahai saudaraku, adalah doktor untuk dirimu; jangan engkau pergi kepada orang lain

‎أقرا القران فان رأيت انك تتأثر به إيمان وتصديقا وامتثالا فهنئا لك، فأنت مؤمن،

Bacalah al-Quran (berterusan), sekiranya engkau mendapati dirimu terkesan dengannya pada keimanan, membenarkan kandungannya, dan mempraktikkannya; maka tahniah, kerana engkau adalah seorang mukmin

‎وإلا فعليك بالدواء، داو نفسك من قبل إن يأتيك موت لا حياة بعده، وهو موت القلب،

Sekiranya sebaliknya, maka hendaklah engkau segera berubat. Ubati dirimu sebelum datangnya kematian yang tidak ada kehidupan sesudahnya, iaitu kematian hati.

‎أما موت الجسد فبعده حياة، وبعده بعث وجزاء وحساب.

Adapun matinya jasad, akan ada kehidupan selepasnya, ada kebangkitan, pembalasan dan penilaian amal.

Custamer Care :081211909138